Aplikasi hibah takaful di Malaysia
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuarat kali ke-34 yang diadakan pada 21 April 2003 memutuskan bahawa:
1. Pampasan wang takaful boleh dihibahkan kepada penerima memandangkan ia adalah hak mutlak pencarum
2. Pampasan wang takaful tidak dikira sebagai harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan
3. Pemberi mempunyai hak untuk menukar atau membatalkan nama penerima dalam tempoh takaful masih berkuatkuasa
4. Borang penamaan takaful perlu diseralaraskan dan dinyatakan dengan jelas status penerima wasi atau penerima hibah.
Kelebihan hibah takaful
Hibah takaful memberikan banyak kelebihan antaranya:
1. Penama menjadi penama mutlak
2. Wang pampasan takaful tidak perlu lagi melalui prosedur faraid yang pada kebiasaannya lebih rumit dan memakan masa yang lama
3. Melalui hibah takaful, pertelingkahan antara ahli keluarga (akibat perebutan wang pampasan) dapat dielakkan kerana hibah tidak boleh dipertikai dan penama akan mendapat hak mutlak
4. Pemberi boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai penerima hibah
Sumber : https://bjak.my/blog/5-kelebihan-hibah-takaful-yang-anda-kena-tahu/
Sebelumnya : Penerangan Jelas Mengenai Hibah Takaful
Seterusnya : Kisah benar 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan